// bAituL mUsLim //

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

Sunday, August 13, 2006

Photobucket - Video and Image Hosting

Sunday, August 06, 2006

Hampir Tiba ^-^

Ia Hampir Tiba..!
1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.
"Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."
- Sahih Bukhari~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang."- Sahih Muslim~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahanmuka.
" Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?
" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik)
& penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah
dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.~ memang dah nampak dah...
banyak masjid cantik dibina tapi jarang2 org sembahyang

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat &
hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan
& perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim &
sikap yang burukdalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2
yang baik& ahli agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal
padanya kecuali orang2yang hina & buruk yang tidak mengetahui
yang makruf dan tidakmengingkari kemungkaran"
- Riwayat Ahmad~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia
akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina).
Maka orang yang paling baikketika itu ialah orang yang
beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" -Riwayat Thabran

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali
yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda2 telah hari kiamat
ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya
keadaannya seperti telanjang".~ fesyen zaman skarang
(tube, spaghetti strap, g-string etc etc)

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang
kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernahkamu
dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya,
kerana itujauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka
tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim~
try baca akhbar2 & majalah2 yg popular skarang nie...

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali
menjadi padang rumput & sungai2" - Sahih Muslim~
Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir

wallahualam'...*-*
10 WASIAT IMAM SYAFIE KEPADA MURIDNYA

DIRIWAYATKAN, sebelum Imam Syafie kembali ke Rahmatullah,
beliau sempat berwasiat kepada sebahagian daripada
muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada umat Islam.
Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat beliau yang yang sangat bernilai.

Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: "Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."


Pertama: Hak kepada diri – mengurangkan tidur, mengurangkan makan,
mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua: Hak kepada malaikat maut - mengqandakan kewajipan yang tertinggal ,
mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi,
membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah.

Ketiga: Hak kepada kubur – membuang tabiat suka menabur fitnah,
membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud
dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir – tidak tidak berdusta,
berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Kelima : Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat)
– menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesulitan.

Keenam : Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat)
– membuang tabiat suka mengumpat, warak,
suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Ketujuh : Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka)
– menangis lantaran takut kepada Allah SWT,
berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan
serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

Kelapan : Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga)
– berasa reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas hikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

Kesembilan : Hak Kepada Nabi saw – bersalawat ke atasnya,
berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis)
menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah.

Kesepuluh : Hak kepada Allah SWT – mengajak manusia ke arah kebaikan,
mencegah manusia daripada keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan..

Saturday, August 05, 2006

jom belajar Bahasa Arab..

daftar email antunna...klik sini..
http://www.belajarbahasaarab.com/index.html

http://www.belajarbahasaarab.com/blog/

insyaallah.. sama-sama upgradekan ilmu bahasa syurga... =)