// bAituL mUsLim //

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

Monday, July 24, 2006

Tujuh jenis pahala diterima manusia selepas mati

DARIPADA Anas Radiallahu Anhu, berkata bahawa

ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya;

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya
selagi masjid itu digunakan orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi
ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala
selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada
orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada
yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna
selama ia diamalkan orang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh
iaitu anak yang selalu diajar ilmu al-Quran,
maka orang yang mengajarnya akan mendapat
pahala selagi anak itu mengamalkan ajarannya
tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda bermaksud :
“Apabila mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya
melainkan tiga perkara iaitu sedekah yang berjalan terus,
ilmu yang berguna dan diamalkan serta anak yang soleh yang mendoakan baik baginya
”.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home