// bAituL mUsLim //

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

Monday, July 24, 2006

Hadis: Amalan berterusan dikasihi Allah

RASULULLAH bersabda yang bermaksud:

“Biasakan diri kamu di atas cara yang betul (pertengahan),
dan janganlah kamu melampau (melakukan sesuatu),
berpagi-pagilah (melakukan kerja) dan berehatlah,
dan (kerjakan) sedikit amalan di akhir malam dan bersederhanalah,
nescaya kamu akan sampai (kepada matlamat)." (Hadis riwayat Bukhari).

Hadis ini menjelaskan bahawa seseorang itu hendaklah
mengiltizamkan diri dengan melakukan kerja bersungguh-sungguh dan betul,
tanpa berlebihan atauberkurangan, kerana dengan perlakuan
melampau akan menjadikan jemu.Ini membuatkan seseorang itu
tidak melakukan kerja atau ibadat dengan baik sedangkan
dengan melakukan sesuatu pekerjaan secara pertengahan
akan membawa kepada kebaikan amalan berterusan.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sekasih-kasih amalan di sisi Allah
yang dilakukan oleh seseorang amalan yang dilakukan
secara berterusan sekalipun sedikit.” (Hadis riwayat Bukhari).

Amalan sedemikian mempunyai hikmat tertentu.
Dengan mengekalkan amalan, seseorang itu akan
dapat melakukan khidmat berterusan dan banyak
memasuki pintu ketaatan setiap masa bagi mendapat
ganjaran pahala.Ini berlainan dengan golongan yang
melakukan khidmat dan kemudian terputus.

Demikian juga mereka yang beramal sesuatu amalan,
pabila ia meninggalkan amal terdedahlah kepada celaan.
Perkara itu dijanjikan menerusi hadis Rasulullah dengan
janji buruk bagi orang yang menghafaz al-Quran kemudian ia lupa
(tidak membacanya).Sebenarnya, Rasulullah menggesa
umatnya supaya bersederhana dan mengambil jalan pertengahan
dalam ibadat serta keseluruhan amalan lain,
antaranya sembahyang dan ibadat malam, puasa,
berbelanja, makan minum, belajar, memberi nasihat agama,
membaca al-Quran dan lain-lain seumpamanya daripada amalan Islam.

Semua itu untuk menjaga aspek fizikal pada manusia dan
suatu jaminan untuk memberi hak diri atau tubuh badan
supaya beroleh kerehatan, seterusnya menjadikan seseorang itu kuat dan segar,
bahkan dapat menumpukan pula untuk memberi sumbangan
berkekalan dalam setiap lapangan kebaikan.

Oleh itu, kita dituntut melaksanakan setiap apa
yang diperintah Allah setakat termampu bagi menyahut perintah-Nya.
Sememangnya Allah tidak menuntut supaya dilakukan
secara melampau pada satu-satu aspek perintah-Nya
dan mencuaikan aspek lain kerana seseorang itu tidak
mengetahui mana-mana amalan yang lebih kepada
penerimaan Allah dan lebih berpahala.

wallahualam'..




0 Comments:

Post a Comment

<< Home