// bAituL mUsLim //

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

Thursday, April 20, 2006


SEPULUH WASIAT DARI
IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah

sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu,

pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah
zikrullah dan janganlah membuang
masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam

bahasa Arab kerana bahasa Arab yang
betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa

perkara sekalipun kerana pertengkaran
yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati

yang sentiasa berhubung dengan Allah
itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat

yang sedang berjuang itu tidak mengerti
melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada

kadar yang dikehendaki oleh pendengar
kerana percakapan yang nyaring itu adalah
suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang,

mengecam pertubuhan-pertubuhan,
dan janganlah bercakap melainkan
apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap

Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah
kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak

daripada masa yang ada pada kita,
oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya
dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home