// bAituL mUsLim //

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

Thursday, April 27, 2006




Barometer KeIMANan .

BismilLAH, alhamdulilLAH, wassolatu wassalamu’ala RasulilLAH s.a.w.
Assalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh
Khas buat manfa’at bersama saudara saudari seaqeedah
yang ana hargai dan hormati, ikhlas kerana ALLAH Ta’ala.
Dido’akan kehadrat ROBBI, moga-moga kita semua senantiasa
berada dalam ‘afiyah IMAN dan ke’asyikanber’amal liridholLAH,
insyaALLAH, amiin.

Saudara saudari yang dirahmati ALLAH,
Selaku Muslim dan Muslimat ILAHI, adalah sewajarnya
bagi kita membumbui nawaitu nan ikhlas dalam diri:
mempergiatkan agenda kegiatan dalam penghidupan berhiaskan
‘amalan-amalan yang sholih sebagai peringatan dan
renungan dalam segenap perkara sama ada yang sedang atau
belum kita lakukan. InsyaALLAH, dengan demikian itu,
hati kita akan selalu ‘hidup’dalam mengingati ALLAH,
sehingga andai kata hati ini lalai makakita akan segera menyedarinya
(hakikinya, selaku makhluk kita tiadalah bersifat dengan segala kesempurnaan,
ada masanya kita tidur, lupa dan terleka).

Sesungguhnya apabila ‘hati’ sakit maka akan beratlah anggota
tubuh yang lain untuk melaksanakan keta’atan.
Dari Abu Hurairah An Nu’man bin Bayir r.a. katanya,
aku mendengar RasululLAH s.a.w. bersabda: “..........
Ketahuilah!Bahawa di dalam badan ada seketul daging,
apabila ia baik,baiklah badan seluruhnya danapabila rosak,
rosaklah sekaliannya.Ketahuilah! Ituyang dikatakan hati.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saudara saudari yang dirahmati ALLAH,
Penulisan berikut ini dipetik daripada milis As Sunnah karya
Syaikh Abdullah bin Jaarullah bin Ibrahim Al-Jaarullah;
yang mana beliau telah mengambil rujukan daripada:
# Zaad Al Muslim Al Yaumi (Bekalan Muslim Sehari-hari) dari hal 51-55,
bab Hayatu Yaumi Islami yang diambil daripadakitab Al Wabil Ash Shoyyib
oleh Imam Ibnu Qayyim Al Jauziyyah rahimahulLAH.
Dan diterjemahkan oleh saudara seISLAM kita iaitu,
Akh Fariq Gasim Anuz.Semoga pembacaan-pembacaan
berikutnya ini sesuai dimanfa’ati bersama sebagai barometer keIMAN kita,walLAHU’ALAM.BismilLAH...

Kehidupan Sehari-hari Yang Islami :
1. Apakah Anda selalu solat Subuh berjema'ah di masjid setiap hari ?
2. Apakah Anda selalu menjaga solat 5 waktu di masjid ?
3. Apakah Anda hari ini membaca Al-Qur'an ?
4. Apakah Anda rutin membaca Dzikir setelah selesai melaksanakan solat wajib
5. Apakah Anda selalu menjaga solat sunnah Rawatibsebelum dan sesudah solat wajib ?
6. Apakah Anda (hari ini) Khusyu dalam solat, menghayati apa yang Anda baca ?
7. Apakah Anda (hari ini) mengingat Mati dan Kubur ?
8. Apakah Anda (hari ini) mengingat hari Kiamat, segalaperistiwa dan kedahsyatannya ?
9. Apakah Anda telah memohon kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala
sebanyak tiga kali, agar memasukkan Anda ke dalam Syurga ?
Maka sesungguhnya barang siapa yang memohon demikian,
Syurga berkata : "Wahai ALLAH Subhanahu wa Ta'ala masukkanlah ia ke dalam Syurga".
10. Apakah Anda telah meminta perlindungan kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala agar diselamatkan dari api neraka sebanyak tiga kali ?
Maka sesungguhnya barangsiapa yang berbuat demikian, neraka berkata :
"Wahai ALLAH peliharalah dia dari api neraka".
(Berdasarkan hadith Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam yang ertinya :
"Barangsiapa yang memohon Syurga kepada ALLAH sebanyak tiga kali,
Syurga berkata :"Wahai Allah masukkanlah ia ke dalam Syurga.
Dan barangsiapa yang meminta perlindungan kepada ALLAH
agar diselamatkan dari api neraka sebanyak tiga kali, neraka berkata :
"Wahai Allah selamatkanlah ia dari neraka".
(Hadits Riwayat Tirmidzi dan di shahihkan oleh Syaikh Al-Albani
dalam Shahih Al-Jami No. 911. Jilid 6).

11. Apakah Anda (hari ini) membaca hadith Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ?
12. Apakah Anda pernah berfikir untuk menjauhi teman-teman yang tidak baik ?
13. Apakah Anda telah berusaha untuk menghindari banyak tertawa dan bergurau ?
14. Apakah Anda (hari ini) menangis kerana takut kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala ?
15. Apakah Anda selalu membaca Dzikir pagi dan petang setiap hari ?
16. Apakah Anda (hari ini) telah memohon ampunan kepada
ALLAH Subhanahu wa ta'ala atas dosa-dosa (yang engkau perbuat) ?
17. Apakah Anda telah memohon kepada ALLAH Subhanahuwa Ta'ala
dengan benar untuk mati Syahid ? Kerena sesungguhnya
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang artinya :
"Barangsiapa yang memohon kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala
dengan benar untuk mati syahid, maka ALLAH Subhanahu wa Ta'ala
akan memberikan kedudukan sebagai syuhada meskipun ia meninggal
di atas tempat tidur". (Hadits Riwayat Tirmidzi, Nasa'i, Ibnu Majah,
Ibnu Hibban dalam shahihnya, Al-Hakim dan ia menshahihkannya).
18. Apakah Anda telah berdo'a kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala
agar ALLAH menetapkan hati Anda atas agama-NYA?
19. Apakah Anda telah mengambil kesempatan untuk berdo'a kepada ALLAH
Subhanahu wa Ta'ala di waktu-waktu yang mustajab ?
20. Apakah Anda telah membeli buku-buku agama Islam untuk memahami agama ?
(Tentu dengan memilih buku-buku yang sesuai dengan
pemahaman yang difahami oleh para shahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam,
kerana banyak juga buku-buku Islam yang tersebar di pasaran
yang bisa merosak pemahaman Islam yang benar, walLAHU’Alam).

21. Apakah Anda telah memintakan ampunan kepada
ALLAH Subhanahu wa Ta'ala untuk saudara-saudara Mukminindan Mukminah ?
Kerana setiap kali mendo'akan mereka Anda akan mendapat kebajikan pula.
22. Apakah Anda telah memuji ALLAH Subhanahu wa Ta'ala
(dan bersyukur kepada-NYA) atas nikmat ISLAM ?
23. Apakah Anda telah memuji ALLAH Subhanahu wa Ta'ala atas nikmat mata,
telinga, hati dan segala nikmat lainnya ?
24. Apakah Anda hari-hari ini telah bersedekah kepada fakir
miskin dan orang-orang yang memerlukannya ?
25. Apakah Anda dapat menahan marah yang disebabkan urusan pribadi,
dan berusaha untuk marah kerana ALLAH Subhanahu wa Ta'ala saja ?
26. Apakah Anda telah menjauhi sikap sombong dan membanggakan diri sendiri ?
27. Apakah Anda telah mengunjungi saudara seagama,
ikhlas kerana ALLAH Subhanahu wa Ta'ala ?
28. Apakah Anda telah menda'wahi keluarga, saudara-saudara,
tetangga, dan siapa saja yang ada hubungannya dengan diri Anda ?
29. Apakah Anda termasuk orang yang berbakti kepadaorang tua ?
30. Apakah Anda mengucapkan "Innaa Lillahi wa innaa ilaihi raji'uun"
jika mendapatkan musibah ?

31. Apakah Anda hari ini mengucapkan do'a ini :
"Allahumma inii a'uudubika an usyrika bika wa anaa a'lamu wastagfiruka
limaa la'alamu”'Ya ALLAH sesungguhnya aku berlindung kepada-MU
dari menyekutukan ENGKAU sedangkan aku mengetahui,
dan aku memohon ampun kepada-MU terhadap apa-apa yang tidak aku ketahui.
'Barangsiapa yang mengucapkan yang demikian, ALLAH Subhanahu wa Ta'ala akan menghilangkan darinya syirik besar dan syirik kecil.(Lihat Shahih Al-Jami' No. 3625).
32. Apakah Anda berbuat baik kepada tetangga ?
33. Apakah Anda telah membersihkan hati dari sombong,
riya, hasad, dan dengki ?
34. Apakah Anda telah membersihkan lisan dari dusta, mengumpat,
mengadu domba, berdebat kusir danberbuat serta
berkata-kata yang tidak ada manfaatnya ?
35. Apakah Anda takut kepada ALLAH Subhanahu waTa'ala dalam hal penghasilan,
makanan dan minuman, serta pakaian ?
36. Apakah Anda selalu bertaubat kepada ALLAH Subhanahuwa
Ta'ala dengan taubat yang sebenar-benarnya di segala
waktu atas segala dosa dan kesalahan ?

AlhamdulilLAH,Demikianlah sedikit sebanyak yang dapat
ana kongsikan bersama saudara saudari seaqeedah yang ana hargai dan hormati,
ikhlas kerana ALLAH TA’ALA.

Saudara saudariku,Bukan sahaja buat kalian bahkan buat ana sendiri
“Jawablah pertanyaan-pertanyaan di atas dengan perbuatan,
agar kita menjadi orang yang beruntung di dunia dan akhirat, insya ALLAH”.
Bersama-samalah kita menatapinya dengan nikmat matakaruniaan ILAHI,
seterusnya cuba hayati dan fahamilahakan ia, biar sampai
menyusupi sam’i wa badani, biar menggetarkan strata sukma,
biar nafsu bisa mengerti, biar kita koreksi dan insafi diri,

“Aku adalah Perantau ke Akhirah, Musafir Perjuangan !
ALLAHU AKHBAR 3X!!!”

ana copy paste dari.. laman blog sahabat ana..
http://syahiditusuci.blogspot.com

Ingatan Kepada Seluruh Umat Manusia

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhulah kamu sebelum kamu diwudhukan
Dan sholatlah kamu sebelum kamu disholatkan
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah sholat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru,sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna harta, takhta dan putera
Suami\Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

Telah Puas Aku Menangis Seorang Diri.....

"Jangan tergesa-gesa di telan meski manis adanya,
Siapa tahu itu racun yang dibungkus dengan madu,
Jangan tergesa-gesa dimuntahkan meski pahit adanya,
Siapa tahu itu adalah ubat yang menyembuhkan"

Thursday, April 20, 2006


SEPULUH WASIAT DARI
IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah

sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu,

pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah
zikrullah dan janganlah membuang
masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam

bahasa Arab kerana bahasa Arab yang
betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa

perkara sekalipun kerana pertengkaran
yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati

yang sentiasa berhubung dengan Allah
itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat

yang sedang berjuang itu tidak mengerti
melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada

kadar yang dikehendaki oleh pendengar
kerana percakapan yang nyaring itu adalah
suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang,

mengecam pertubuhan-pertubuhan,
dan janganlah bercakap melainkan
apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap

Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah
kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak

daripada masa yang ada pada kita,
oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya
dan ringkaskanlah perlaksanaannya.



Keluasan Neraka yang amat dasyat.

Untuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya....
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia
tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh nabi s. a. w.
"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu
di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka,
maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa
neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,
dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka
sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam,
maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah,
kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih,
kemudian seribu tahun sehingga hitam,
maka ia hitam gelap,tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan terbuka sebesar lubang jarum
nescaya akan dapat membakar penduduk dunia
semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu baju ahli neraka itu digantung
di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi
kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu pergelangan dari rantai yg
disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit,
nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan seorang di hujung barat tersiksa,
nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur
kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam
dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah,
dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu,
tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu
dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka,
setengahnya di bawah dari lainnya,
dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,
tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
(notakefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik,
dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan
hidangan mukjizat nabi Isaa. s. serta keluarga Fir'aun
sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum
majusi bernamaLadha,
pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w.
sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa
besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,
sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w.
di pangkuannya sehingga sedar kembali dan
sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar
kerisauanku dan sangat sedihku,
apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya:"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian nabi s.a. w. menangis,
Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w.
masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar
kecuali untuk sembahyang kemudian kembali
dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.
(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh
melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan
dengan panasnya terik matahariKu.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70
hasta mengandungilautanracun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua'lam.Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159"
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan
apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan
dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya
kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat
oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
"Dari Abdullah bin 'Amr R. A,
Rasulullah S. A. W bersabda:"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
DIET IKUT SUNNAH RASULULLAH SAW....

Rupa-rupanya tanpa kita sedo,

dalam makanan yg kita makan sehari-hari,
kita tak boleh main balun aje?
sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis,

lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan
dan lain-lain penyakit apabila kita telah tua nanti.
Apabila kawan-kawan telah mengetahui ilmu ini,

tolonglah ajarkan kepada yg lain-lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga.

Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut
sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari-hari.
apa kata kita ikut diet ini kawan-kawan.

tak payahlah susah-susah makan pil untuk kurus?
Insyaallah kalau kawan-kawan ikut diet Rasullullah ini?.
Garenti? kawan-kawan takkan
sakit perut ataupun keracunan makanan.

~Jangan makan SUSU + DAGING
~Jangan makan DAGING + IKAN
~Jangan makan IKAN + SUSU
~Jangan makan AYAM + SUSU
~Jangan makan IKAN + TELUR
~Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
~Jangan makan SUSU + CUKA
~Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL#
~JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,

SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIHDAHULU, BARU MAKAN NASI.#
~ TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.#

~JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .

SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN
DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya...

kawan-kawan cubalaa...........................
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie....
Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.


Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan

darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu.
Dikuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai
dimana dalam badan ayam mengandungi
ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-,
jika dalam suapan ayam bercampur dengan
ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia
yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...

Al-Quran Juga ada mengajar kita

menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

~Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya

sejam sebelum matahari naik.
Air sejukyang meresap kedalam badan boleh

mengurangkan lemak mengumpul.
Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi
kebanyakan badan tak gemuk.

~Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk

(bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah
jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

~Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur
(iaitu sujud sekurangkurangnya seminit selepas membaca doa).
Ia boleh mengelak dari sakitpening atau migrin.
Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian
kenapa dalam sehari perlu kita sujud.


Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter
ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah.
Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

~Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan
bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis
telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari,
iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.
(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Wassalam...Sama-samalah kita mengamalkannya.......
WallahuA'lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan,

barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan
insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Sunday, April 16, 2006

salam imtihan...
hihi.. antunna sure masih lg dalam musim imtihan..
aiwah.. ana pun ada lg 3 papers..
ALLAHU AKHBAr.. moge dipermudahkan dalam menjawab nnti..
insyaALLAH..

em.. ana nk ulang again..n again.. about how to posting in blog ni..
( ckp omputih pulak naa.. =) )

al awal.. buke
www.blogger.com
summa.. ( next.. ) masukkn username... ana dah bg..
pasword.. pun dh bg..

then.. p new posting..
last.. postinglaa..

boleh laa edit colour.. tulisan.. dan letak gmbar...
kalau yg mengenai tazkirah.. atau info..
mohon letak juge sumber dari mana antunna amik ye..

okla.. tu je..hihi..
akhiran.. jazakallahu khairan kasiran..
maatasif jiddan..
ilalliqa'.

Saturday, April 08, 2006


gambar kenangan //kem ibadat//
30, 31 & 1 april 2006..bertempat di masjid sultan badlishah, UUM
" pemantapan akhlak mahasiswa Islam"

nak tengok gmbar lain.. sila explore ke..
http://nuhay2k.fotopages.com

Monday, April 03, 2006

syukran jazilan.. ila antunna.. =)


AJK PELAKSANA


PENGARAH KEM
MUHAMMAD AL AMIN B. JAAFAR

TIMB.PENGARAH
NURUL ASHIDAH BT. JOHARI

SETIAUSAHA
HUSNA BT. KAMARUDDIN

BENDAHARI
SITI NUR’AIN BT. MOHD KHALID

BIRO URUSETIA
NOOR SYAKIMAH BT. IDRIS
NORAINI BT. YUSOFF
MOHD FIRDAUS B. BAHARUDIN

BIRO PROMOSI & PUBLISITI
MUHAMAD RIDHWAN B. GHAZI AHMAD
ZAKI B. SHAHRIL
NOR MURNI FAIROUZ BT. FARINGI
NORAZURA BT. MAJID

BIRO PROTOKOL
MOHD BUKHORI B. MOHAMAD
MOHD SYAKIRIN B. SHAHARUM
FUDLA NADZIFAH BT. ISMAIL
TENGKU SURIANA BT. TENGKU MUSTAFFA
NAIMATON BT. ISMAIL

BIRO PROGRAM
AHMAD KHAIDHIR B. MAT SHARIF
MOHD SHARUL NIZAM B. ABD. WAHAB
GAZALI B. GUJING
NOORAZILAWATI BT. MOHD ZULKIPELI
NOR ILYANA BT. ZAINI

BIRO LOGISTIK & PENGINAPAN
AZRUL HAFFIZ B. MOHAMED
NORUL AZHAR B. NORDIN
AHMAD FAIZ AIZAT B. CHE LAH
MUNIRA BT. MOHD IBRAHIM
NUR DIYANA BT. MOHD ZAHARI

BIRO MAKANAN
KHALILULLAH B. MUSTAPHA
MOHD SAYUTI B. ABDULLAH
MOHD FAIZAL B. MOHD BOKHADI
NORASIDAH BT. AGMAN
NURUL HASANAH BT. MOHAMAD AKHIR

BIRO CENDERAMATA & KEBAJIKAN
ZAWANI BT. ZULKIPLI
ZAIDAH BT. ZAID
MUHD AKHIR B. MOHD KARIM

Abu Hurairah lah.a berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya):
Sesungguhnya Allah mengadakan malaikat keliling di jalan mencari majlis zikir,
maka apabila bertemu kaum yang berzikir pada Allah,
masing-masing memanggil rakan-rakan mereka.

Inilah hajat yang kamu cari, maka dikerumuni majlis itu dengan sayap
mereka hingga ke langit dunia.Kemudian Tuhan bertanya kepada mereka,
padahal Tuhan lebih mengetahui: Apakah yang dibaca oleh hamba-Ku?
Jawab mereka: Mereka bertasbih dan bertakbir dan memuji serta memuliakan Tuhan.
Allah bertanya: Apakah mereka telah melihat pada-Ku?
Jawab malaikat: Belum, demi Allah belum melihat kepada Tuhan.
Tuhan bertanya: Maka bagaimana kalau mereka telah melihat kepada-Ku?
Jawab malaikat: Tentu lebih giat ibadat, taat dan lebih banyak bertasbih kepada-Mu.

Tuhan bertanya: Apakah yang mereka minta?
Jawab malaikat: Mereka minta syurga.Apakah mereka telah melihatnya?
Jawab malaikat: Demi Allah, mereka belum melihatnya.
Maka bagaimana andaikan mereka dapat melihatnya?
Jawab malaikat: Tentu akan lebih ingin dan lebih bersemangat untuk mencapainya.
Dan daripada apakah mereka berlindung?
Jawab malaikat: Mereka minta perlindungan daripada api neraka.
Allah bertanya: Apakah mereka telah melihatnya?
Jawab malaikat: Tidak, demi Allah, mereka belum melihatnya.
Ditanya: Bagaimanakah sekiranya mereka melihatnya?
Jawab malaikat: Andaikan mereka melihat pasti akan lebih takut dan jauh lari daripadanya.Firman Allah: Saksikan oleh kamu bahawa Aku telah mengampunkan mereka semua.Satu malaikat berkata: Tuhan, di majlis itu ada orang yang
bukan dari golongan mereka, hanya bertepatan ada keperluan maka datang ke majlis itu.

Jawab Tuhan: Merekalah ahli majlis yang tidak akan kecewa siapa yang duduk bersama mereka.(Bukhari, Muslim)
Sumber: Tarjamah Riadhus Shalihin II, 1997, hlm. 351--352
Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummim...qps -

Usrah mempunyai beberapa ciri yang membezakannya
daripada nizam al-tarbiyah yang lain dan antara ciri tersebut ialah:

Usrah bersifat mutawasil (berterusan):
Sesuatu pembentukan yang bersifat sekali sekala atau terputus-putus tidak akan dapat mencapai kesan yang diharapkan. Ciri ini akan membantu proses perkembangan dan penghayatan secara yang lebih berkesan. Usrah merangkumi semua ahli sama ada pengikut, pekerja mahupun pemimpin. Pastikan tidak ada ahli yang terlepas daripada program tarbiah. Dirancang dengan rapi dari semua sudut. Dilaksanakan secara bersungguh-sungguh oleh nuqaba’ dan ahli. Antara ciri keberkesanan sesuatu usrah ialah apabila persoalan di bawah ini ditanya, jawapannya dapat diberikan dengan sempurna:

Sejauh mana peningkatan ahli dalam penghayatan Islam?

Sejauh mana konsep al-ta’awum (bekerjasama) di kalangan ahli dalam membantu proses penghayatan Islam? Sejauh mana ikatan dibentuk? Sejauh mana pula pelaksanaan ikatan itu dalam bentuk amalan?

MAKSUD USRAH
Islam memandang sangat mustahak pembentukan ikatan perpaduan untuk penganutnya.
Ikatan itu dinamakan usrah. Melalui usrah kita dapat memimpin penganut
Islam ke arah contoh-contoh pujian yang tinggi di samping memperkukuh
ikatan yang sedia ada. Selain itu, mutu ukhwah antara sesama ahli boleh ditingkatkan,
iaitu dengan merealisasikan teori dalam perbuatan dan amalan.

Oleh itu, kita hendaklah memandang berat perkara ini dan bersedia untuk menjadi batu bata yang sihat lagi berguna kepada bangunan keluarga bentukan yang mulia ini, iaitu keluarga Islam.

RUKUN USRAH
Rukun ikatan usrah ini tiga perkara iaitu berkenalan, bersefahaman, dan berimbangan. Kita hendaklah mengambil berat perkara ini dan bersungguh-sungguh menjayakannya supaya ikatan itu tidaklah semata-mata menjadi beban yang tidak bererti.

Berkenalan
Rukun usrah yang pertama ialah taaruf (berkenalan) antara satu sama lain.
Ahli usrah hendaklah berkenal-kenalan serta berkasih sayang dengan
semangat cinta kepada agama. Kita hendaklah memahami pengertian dan hakikat ukhwah sejati. Elakkan perkara yang boleh mengeruhkan ukhwah itu.
Hal ini boleh dilakukan dengan sentiasa menjunjung firman Allah
dan hadis Rasulullah s.a.w.


Jadikan firman Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. sebagai perkara yang wajib diutamakan.
Antara firman Allah dan hadis ialah: Orang-orang mukmin itu bersaudara-mara.
(Al-Hujarat, 26:10) Berpeganglah dengan tali Allah semuanya dan
janganlah kamu berpecah-belah. (Ali Imran, 3:103)
Orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana bangunan yang
sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain.
(Hadis riwayat ….) Orang muslim ialah saudara bagi muslim yang lain;
ia tidak menzaliminya dan tidak juga membiarkannya. (Hadis riwayat ….)
Perbandingan orang-orang mukmin dalam erti kata kasih sayang mereka,
dalam perasaan belas kasihan mereka,
dan dalam simpati mereka adalah laksana badan yang satu.(Hadis riwayat ….)

Bersefahaman
Rukun usrah yang kedua ialah tafahum (bersefahaman).
Kita hendaklah berpegang pada kebenaran dengan mengerjakan
apa-apa yang diperintahkan Allah dan meninggalkan apa-apa yang dilarang-Nya.
Periksalah diri sendiri dengan sehalus-halusnya sama ada diri kita benar-benar mentaati perintah Allah atau terlibat dalam arena kederhakaan.


Setelah memeriksa diri sendiri, kita hendaklah nasihat-menasihati
antara satu sama lain apabila kelihatan ada sesuatu yang cacat.
Rakan yang dinasihati itu hendaklah bersikap terbuka dan sanggup
menerima nasihat daripada sahabatnya. Pemberi nasihat pula janganlah
berubah hati terhadap sahabat yang tersilap itu--walau sejarak sehelai rambut sekali pun.

Nasihat hendaklah diberi dengan cara yang baik tanpa memandang rendah sahabat yang dinasihati itu. Pemberi nasihat janganlah menganggap dirinya lebih mulia.
Sembunyikan kesilapan sahabat itu daripada pengetahuan naqib selama lebih kurang sebulan. Ceritakanlah kepada naqib apabila anda tidak berdaya membaikinya.

Namun demikian, jangan sekali-kali tawar hati terhadap sahabat yang silap itu.
Sebaliknya, teruskanlah kasih sayang anda terhadapnya sehingga Allah melakukan apa-apa perubahan yang dikehendaki-Nya.Sahabat yang diberikan nasihat pula janganlah keras kepala. Janganlah juga berubah hati walau sejarak rambut sekalipun terhadap si pemberi nasihat. Fahamilah bahawa martabat kasih sayang kerana Allah itu adalah setinggi-tinggi martabat bagi pengertian kasih sayang di kalangan umat manusia. Nasihat pula adalah satu dasar yang amat penting dalam agama Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya), "Agama itu adalah nasihat." Oleh itu, perhatikanlah dalam-dalam pengajaran yang mulia dalam hadis ini--
mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada kamu.

Berimbangan
Rukun usrah yang ketiga ialah takaful yang bermaksud memelihara nasib sesama sendiri agar tiada sahabat yang terbiar atau terlantar. Amalkan rukun ini dengan bersungguh-sungguh,
iaitu dengan cara menolong memikul bebanan sesama sendiri.
Takaful merupakan tunjang iman dan inti sari ukhwah sejati.
Takaful boleh dijelmakan dengan cara bertanya khabar sesama sendiri,
ziarah menziarahi, berganti-ganti membuat kebajikan dengan jalan
segera menolong antara satu sama lain sedaya upaya.Sabda Rasulullah s.a.w. (maksudnya), "Kalau seseorang daripada kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baginya daripada ia beriktikaf sebulan di masjidku ini. (Hadis riwayat ….)

Sabda baginda lagi (maksudnya), "Sesiapa memberikan kesukaan kepada keluarga sesebuah rumah orang muslim nescaya tidak lain yang dibalas Allah melainkan dengan syurga."
(Hadis riwayat …)PeringatanDua perkara yang perlu dititikberatkan ialah kehadiran dan pengisian tabung usrah. Setiap anggota usrah hendaklah menghadiri pertemuan yang telah dijadualkan walau bagaimana uzur sekalipun. Setiap anggota usrah juga hendaklah menunaikan kewajipannya untuk tabung usrah di cawangan usrahnya.

Apabila kita dapat menunaikan kewajipan yang bersifat perseorangan,
kemasyarakatan, dan kewangan seperti di atas, maka rukun usrah akan terlaksana dengan jayanya. Sebaliknya, jika dicuaikan, maka segala rukun dan peraturan itu akan beransur-ansur mundur dan akhirnya terus mati. Dengan matinya peraturan usrah yang baik ini, gerakan dakwah akan serugi-ruginya sedangkan gerakan dakwah sangat dikehendaki dan menjadi tempat harapan bagi umat Islam seluruhnya.

KANDUNGAN USRAH

Apakah yang perlu dilakukan dalam pertemuan mingguan
usrah yang menepati maksud,
rukun dan peringatan di atas?
Jawapannya mudah: kita mempunyai banyak kewajipan
sedangkan masa kita terlalu sedikit. Oleh itu pertemuan mingguan
kita hendaklah dipenuhkan dengan perkara-perkara yang berikut:

Membentangkan Kesulitan
Setiap anggota membentangkan kesulitan masing-masing.
Beri perhatian terhadap kesulitan yang diluahkan oleh rakan kita dan berusahalah mengatasinya. Lakukan hal ini dalam suasana ukhwah sejati dan
dengan niat kerana Allah. Dengan demikian dapatlah diperkuat
lagi asas saling percaya-mempercayai dan tali hubungan ukhwah dapat diperkukuh.

Bermuzakarah
Anggota usrah hendaklah bermuzakarah iaitu bertukar-tukar
fikiran dalam urusan Islam. Teliti risalah yang diedarkan oleh
pucuk pimpinan kepada seluruh cawangan usrah.

Elakkan pertengkaran atau bertikam lidah kerana semuanya itu dikira "haram"
menurut undang-undang usrah. Muzakarah hendaklah merupakan
penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar batas-batas
sopan santun yang sempurna dan dengan cara harga-menghargai
fikiran yang datang daripada semua pihak dalam muzakarah itu.

Apabila hendak ditutup satu-satu perbincangan,
atau hendak dibuat keputusan mengenai apa-apa cadangan,
atau hendak diberi penjelasan lanjut mengenai cadangan yang hendak ditimbangkan itu,
maka perkara itu hendaklah diserahkan kepada naqib supaya
beliau sempat terlebih dahulu mengemukakannya kepada pucuk pimpinan.

Jangan dibuat keputusan dengan cara terburu-buru.
Tuhan mencela umat manusia yang bersikap terburu-buru dengan firman-Nya
yang bermaksud: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu perkara tentang keamanan atau ketakutan maka mereka pun terus mencanangkannya.
(Surah …..) Setelah Allah S.W.T. mencela mereka yang berperangai begitu maka
Tuhan tunjukkan pula apa-apa yang semestinya dilakukan
apabila tersua dengan suasana seperti itu dengan firman-Nya yang bermaksud:
Kalaulah mereka kembalikannya kepada Rasul dan kepada pihak berkuasa antara mereka sendiri nescaya orang-orang yang menimbangkannya itu mengetahui hakikatnya.
(Surah ….)Kajian Buku... Adakan penelitian terhadap sesebuah kitab yang bermutu.

Jelmakan penelitian itu dalam kehidupan harian walaupun hanya sekadar mengamalkan bermuka manis. Panduan daripada buku boleh disampaikan dalam taklimat sesuatu projek seperti menziarahi orang sakit; menolong orang-orang yang berhajat
(walaupun hanya sekadar kata-kata yang baik),
mencari dan bertanyakan hal tentang anggota yang
tidak kelihatan bersama-sama kumpulan, menanggung bebanan anggota yang terputus rezeki. Semuanya itu dapat menambahkan lagi tali ukhwah dan dapat melipat
gandakan perasaan kasih sayang dalam hati masing-masing.

Aktiviti Sokongan
Untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan sesama sendiri,
kita hendaklah mengadakan rehlah, lawatan,
aktiviti lasak seperti mendayung sampan, mendaki gunung dan berbasikal.
Kita hendaklah juga mengadakan aktiviti khusus seperti berpuasa
(seminggu sekali atau dua minggu sekali),
solat Subuh berjemaah di masjid dan qiamullail.

wallahualam'..

sumber dari www.ukhwah.com posting dari ummiq
copy paste min simple-shida...
Tentatif KEM IBADAT

khamis – 30 MAC 2006
4.00 petang : >> AHLAN WASAHLAN>> ketibaan peserta & pendaftaran
5.00 petang : haiyaa alassoLAHHH… solat asar berjemaah
5.30 petang : taklimat program & memasang khemah
6.30 petang : makan malam & hemat diri
7.00 malam : haiyaa alassoLAHHH… solat MAGHRIB berjemaah & bacaan YASSIN
8.45 malam : haiyaa alassoLAHHH… solat ISYAK berjemaah
9.15 malam : Majlis Perasmian KEM IBADAT
( oleh Timbalan Naib Canselor HEPA )
10.00 malam : TAARUF – ukhwah fillah abadan abada.. =)
11.00 malam : minum malam
11.30 malam : tadarus AL QURAn … tidur…naumm zzzz

jumaat – 31 MAC 2006
4.00 pagi : bangun dan bersiap QIAMULLAIL
5.00 pagi : QIAMULLAIL
6.00 pagi : haiyaa alassoLAHHH… solat SUBUH berjemaah & kuliah subuh
::: Penghayatan dalam sifat MAHMUDAH :::
- Ustz. Mokhtar b. Ayob ( Pen. Peg. Hal Ehwal Islam)
7.30 pagi : riadah
8.00 pagi : futhur.. sarapan pagi
9.00 pagi : santapan rohani ::: Potensi Diri :::
- Tuan Hj. Mohd Arif b. Hj. Mohd Noor ( Pakar Motivasi NCTD)
12.00 t/h : ghada’.. makan tengah hari & hemat diri
1.00 petang : haiyaa alassoLAHHH… solat JUMAAT + muslimat – smart group
2.30 petang : santapan rohani ::: PERIBADI MUKMIN :::
- Ustaz Wazin b. Man ( Pensyarah Jabatan Muamalat- FPP)
4.30 petang : haiyaa alassoLAHHH… solat ASAR berjemaah
5.00 petang : minum petang
5.15 petang : TAYANGAN TSUNAMI + PALESTIN6.30 petang : makan malam & hemat diri
7.00 malam : haiyaa alassoLAHHH… solat MAGHRIB berjemaah & kuliah maghrib
::: PENYAKIT HATI & PENCEGAHANNYA :::
- Ustaz Zaree b. Zakaria ( Peg. Hal Ehwal Islam)
8.45 malam : haiyaa alassoLAHHH… solat isyak berjemaah
9.15 malam : santapan rohani
::: Golongan Yang Terselamat Daripada Neraka :::
- Ustaz Abdul Fisol b. Mat Isa ( Guru Ta’mir JHEIK)
10.00 malam : minum malam
10.30 malam : maghrifah diri.. refleksi diri.. koreksi diri.. ^-^
** PENJERNIHAN NURANI
11.30 malam : tadarus AL QURAN… tidur.. naumm zzzz

sabtu – 1 APRIL 2006
6.00 pagi : haiyaa alassoLAHHH… solat SUBUH berjemaah & kuliah subuh
::: Rasulullah Contoh Ikutan Dalam Kehidupan :::
- Tuan Mohd Firdaus
7.00 pagi : ke PUNCAK VISTA… melihat panorama bumi sintOK… *-*
8.00 pagi : futur..minum pagi
8.30 pagi :: santapan rohani
::: Penghayatan Semangat Sukarelawan Dalam Kehidupan :::
- Prof. Madya Dr. Shukri b. Ahmad (Pengarah Pusat Islam)

11.00pagi : musyawarah
*** strategi DAKWAH dalam kampus
12.30 t/h : ghada’.. makan tengah hari
1.30 t/h : haiyaa alassoLAHHH… solat ZOHOR berjemaah
2.00 petang : bersurai…iLALLIQA’.. insyaALLAH…