// bAituL mUsLim //

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

Sunday, August 13, 2006

Photobucket - Video and Image Hosting

Sunday, August 06, 2006

Hampir Tiba ^-^

Ia Hampir Tiba..!
1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.
"Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."
- Sahih Bukhari~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang."- Sahih Muslim~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahanmuka.
" Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?
" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik)
& penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah
dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.~ memang dah nampak dah...
banyak masjid cantik dibina tapi jarang2 org sembahyang

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat &
hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan
& perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim &
sikap yang burukdalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2
yang baik& ahli agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal
padanya kecuali orang2yang hina & buruk yang tidak mengetahui
yang makruf dan tidakmengingkari kemungkaran"
- Riwayat Ahmad~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia
akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina).
Maka orang yang paling baikketika itu ialah orang yang
beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" -Riwayat Thabran

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali
yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda2 telah hari kiamat
ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya
keadaannya seperti telanjang".~ fesyen zaman skarang
(tube, spaghetti strap, g-string etc etc)

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang
kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernahkamu
dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya,
kerana itujauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka
tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim~
try baca akhbar2 & majalah2 yg popular skarang nie...

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali
menjadi padang rumput & sungai2" - Sahih Muslim~
Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir

wallahualam'...*-*
10 WASIAT IMAM SYAFIE KEPADA MURIDNYA

DIRIWAYATKAN, sebelum Imam Syafie kembali ke Rahmatullah,
beliau sempat berwasiat kepada sebahagian daripada
muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada umat Islam.
Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat beliau yang yang sangat bernilai.

Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: "Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."


Pertama: Hak kepada diri – mengurangkan tidur, mengurangkan makan,
mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua: Hak kepada malaikat maut - mengqandakan kewajipan yang tertinggal ,
mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi,
membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah.

Ketiga: Hak kepada kubur – membuang tabiat suka menabur fitnah,
membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud
dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir – tidak tidak berdusta,
berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Kelima : Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat)
– menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesulitan.

Keenam : Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat)
– membuang tabiat suka mengumpat, warak,
suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Ketujuh : Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka)
– menangis lantaran takut kepada Allah SWT,
berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan
serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

Kelapan : Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga)
– berasa reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas hikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

Kesembilan : Hak Kepada Nabi saw – bersalawat ke atasnya,
berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis)
menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah.

Kesepuluh : Hak kepada Allah SWT – mengajak manusia ke arah kebaikan,
mencegah manusia daripada keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan..

Saturday, August 05, 2006

jom belajar Bahasa Arab..

daftar email antunna...klik sini..
http://www.belajarbahasaarab.com/index.html

http://www.belajarbahasaarab.com/blog/

insyaallah.. sama-sama upgradekan ilmu bahasa syurga... =)

Monday, July 24, 2006

Takwil al-Quran: Dunia dikendung akhirat dijunjung

FIRMAN Allah Taala bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman,

apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat,
maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan
tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi;
dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung”.
- Surah al-Jumu’ah, ayat 9 -10.

Akidah Islam tidak pernah mengenal satu hari dalam
seminggu dikhususkan untuk beribadat dengan meninggalkan
segala kerja untuk kehidupan dunia. Akan tetapi dalam
Islam hari-hari seluruhnya adalah hari-hari berkerja,
malah segala amalan dunia dalam Islam boleh dijadikan
ibadat dengan niat yang betul dan benar. Justeru kerana itu,
dalam ayat di atas Allah Taala menyebut tentang hari Jumaat
adalah Hari Raya Mingguan bagi orang Islam.

Namun begitu kehidupan Muslim pada hari Jumaat,
seperti biasa aktif berkerja, berniaga dan berjual beli
sebelum mengerjakan solat. Kemudian selepas itu,
bersegera kepada mengingati Allah dan solat,
setelah selesai menunaikan solat bertebaranlah
di muka bumi untuk mencari rezeki kurniaan Allah Taala.

Diceritakan bahawa Saidina Umar bin al-Khattab pernah
melihat satu kumpulan orang duduk-duduk dan bersandar
pada salah satu penjuru masjid setelah selesai menunaikan solat Jumaat,
lalu beliau bertanya kepada mereka itu: Siapa kamu?
Jawab mereka: Kami adalah orang-orang yang bertawakal kepada Allah.
Mendengar jawapan mereka itu lalu Umar naik marah dan
menghalau mereka itu dengan tongkatnya, lantas berkata:
“Janganlah kamu berpeluk tubuh daripada mencari rezeki,
berdoalah kamu semua: Hai Tuhan kami, berilah kami rezeki”.
dan sesungguhnya telah maklum bahawa langit tidak akan
menurunkan hujan emas dan juga perak.”

Sebahagian orang ada yang menyangka bahawa dengan
beriman kepada akhirat dan benar-benar memberi tumpuan
kepadanya akan mengabaikan kerja-kerja dunia.
Sesungguhnya dunia dan akhirat bagaikan dua daun neraca
timbangan yang sama berat. Ia juga bagaikan timur dan barat,
apabila kamu mendekati yang satu pasti menjadi jauh
kepada yang satu lagi. Begitulah apabila memberi tumpuan
sepenuhnya kepada akhirat akan membelakangi dunia dan
berpaling daripadanya. Memang benar sesiapa yang menjadikan
dunia sebagai matlamat dan tumpuan hidupnya pasti ia
akan menjadi jauh daripada akhirat sejauh keterikatan
hatinya terhadap dunia, begitulah sebaliknya.

Sebenarnya seorang Mukmin di tuntut di dunia ini supaya berusaha,
berkerja keras, berjuang membangun dan memakmurkannya
dengan syarat untuk tujuan akhirat. Yang demikian kerana
orang Mukmin akan menjadikan dunia sebagai ladang untuk ke akhirat.
Ladang sememangnya memerlukan tenaga usaha dan kerja,
akan tetapi hasil buahnya akan dapat dipetik sepenuhnya di
akhirat sekalipun sebahagiannya diperolehnya di dunia lagi.

Firman Allah Taala: “ Katakanlah: “Semuanya itu (disediakan)
bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia,
khusus (untuk mereka sahaja) di hari kiamat”. – Surah al-A’raf, ayat 32.

Demikianlah sebenarnya sebagai seorang Mukmin,
dunia disediakan untuk dirinya dan bukan dirinya disediakan untuk dunia.
Seorang Mukmin tidak akan menjadikan dunia sebagai tuhan,
bahkan dunia dijadikan sebagai hamba. Mukmin adalah seorang
anggota masyarakat yang aktif, bersikap membina,
berkembang dan produktif. Apabila ia bertani dilakukan dengan sebaik-baiknya,
apabila mencipta sesuatu ciptaannya rapi dan teliti,
apabila ia berniaga perniagaannya berjaya.

Pendeknya ia sentiasa berjaya dalam setiap lapangan hidup.
Sahabat Rasulullah adalah terdiri daripada petani, peniaga,
pakar dalam dunia pertukangan. Keimanan mereka terhadap
akhirat tidak menghalang mereka daripada berkerja di dunia.
Justeru kerana itu, Rasulullah pernah bersabda maksudnya:
”Jika terjadi kiamat dan dalam tanganmu ada sebiji benih,
sekiranya mampu tanamlah ia”.–_ (Hadis riwayat Imam Ahmad dan al-Bukhari).

Mengapa ditanam sedangkan kiamat akan berlaku,
tiada lagi guna dan faedah kepada seseorang.
Demikianlah membuktikan bahawa pentingnya kerja,
walaupun selepas itu tiada guna lagi.Mudah-mudahan
kita tidak terpedaya dengan anggapan bahawa apabila
mengutamakan akhirat, maka dunia tiada guna lagi.



Hadis: Amalan berterusan dikasihi Allah

RASULULLAH bersabda yang bermaksud:

“Biasakan diri kamu di atas cara yang betul (pertengahan),
dan janganlah kamu melampau (melakukan sesuatu),
berpagi-pagilah (melakukan kerja) dan berehatlah,
dan (kerjakan) sedikit amalan di akhir malam dan bersederhanalah,
nescaya kamu akan sampai (kepada matlamat)." (Hadis riwayat Bukhari).

Hadis ini menjelaskan bahawa seseorang itu hendaklah
mengiltizamkan diri dengan melakukan kerja bersungguh-sungguh dan betul,
tanpa berlebihan atauberkurangan, kerana dengan perlakuan
melampau akan menjadikan jemu.Ini membuatkan seseorang itu
tidak melakukan kerja atau ibadat dengan baik sedangkan
dengan melakukan sesuatu pekerjaan secara pertengahan
akan membawa kepada kebaikan amalan berterusan.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sekasih-kasih amalan di sisi Allah
yang dilakukan oleh seseorang amalan yang dilakukan
secara berterusan sekalipun sedikit.” (Hadis riwayat Bukhari).

Amalan sedemikian mempunyai hikmat tertentu.
Dengan mengekalkan amalan, seseorang itu akan
dapat melakukan khidmat berterusan dan banyak
memasuki pintu ketaatan setiap masa bagi mendapat
ganjaran pahala.Ini berlainan dengan golongan yang
melakukan khidmat dan kemudian terputus.

Demikian juga mereka yang beramal sesuatu amalan,
pabila ia meninggalkan amal terdedahlah kepada celaan.
Perkara itu dijanjikan menerusi hadis Rasulullah dengan
janji buruk bagi orang yang menghafaz al-Quran kemudian ia lupa
(tidak membacanya).Sebenarnya, Rasulullah menggesa
umatnya supaya bersederhana dan mengambil jalan pertengahan
dalam ibadat serta keseluruhan amalan lain,
antaranya sembahyang dan ibadat malam, puasa,
berbelanja, makan minum, belajar, memberi nasihat agama,
membaca al-Quran dan lain-lain seumpamanya daripada amalan Islam.

Semua itu untuk menjaga aspek fizikal pada manusia dan
suatu jaminan untuk memberi hak diri atau tubuh badan
supaya beroleh kerehatan, seterusnya menjadikan seseorang itu kuat dan segar,
bahkan dapat menumpukan pula untuk memberi sumbangan
berkekalan dalam setiap lapangan kebaikan.

Oleh itu, kita dituntut melaksanakan setiap apa
yang diperintah Allah setakat termampu bagi menyahut perintah-Nya.
Sememangnya Allah tidak menuntut supaya dilakukan
secara melampau pada satu-satu aspek perintah-Nya
dan mencuaikan aspek lain kerana seseorang itu tidak
mengetahui mana-mana amalan yang lebih kepada
penerimaan Allah dan lebih berpahala.

wallahualam'..




Tujuh jenis pahala diterima manusia selepas mati

DARIPADA Anas Radiallahu Anhu, berkata bahawa

ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya;

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya
selagi masjid itu digunakan orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi
ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala
selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada
orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada
yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna
selama ia diamalkan orang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh
iaitu anak yang selalu diajar ilmu al-Quran,
maka orang yang mengajarnya akan mendapat
pahala selagi anak itu mengamalkan ajarannya
tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda bermaksud :
“Apabila mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya
melainkan tiga perkara iaitu sedekah yang berjalan terus,
ilmu yang berguna dan diamalkan serta anak yang soleh yang mendoakan baik baginya
”.

Thursday, April 27, 2006




Barometer KeIMANan .

BismilLAH, alhamdulilLAH, wassolatu wassalamu’ala RasulilLAH s.a.w.
Assalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh
Khas buat manfa’at bersama saudara saudari seaqeedah
yang ana hargai dan hormati, ikhlas kerana ALLAH Ta’ala.
Dido’akan kehadrat ROBBI, moga-moga kita semua senantiasa
berada dalam ‘afiyah IMAN dan ke’asyikanber’amal liridholLAH,
insyaALLAH, amiin.

Saudara saudari yang dirahmati ALLAH,
Selaku Muslim dan Muslimat ILAHI, adalah sewajarnya
bagi kita membumbui nawaitu nan ikhlas dalam diri:
mempergiatkan agenda kegiatan dalam penghidupan berhiaskan
‘amalan-amalan yang sholih sebagai peringatan dan
renungan dalam segenap perkara sama ada yang sedang atau
belum kita lakukan. InsyaALLAH, dengan demikian itu,
hati kita akan selalu ‘hidup’dalam mengingati ALLAH,
sehingga andai kata hati ini lalai makakita akan segera menyedarinya
(hakikinya, selaku makhluk kita tiadalah bersifat dengan segala kesempurnaan,
ada masanya kita tidur, lupa dan terleka).

Sesungguhnya apabila ‘hati’ sakit maka akan beratlah anggota
tubuh yang lain untuk melaksanakan keta’atan.
Dari Abu Hurairah An Nu’man bin Bayir r.a. katanya,
aku mendengar RasululLAH s.a.w. bersabda: “..........
Ketahuilah!Bahawa di dalam badan ada seketul daging,
apabila ia baik,baiklah badan seluruhnya danapabila rosak,
rosaklah sekaliannya.Ketahuilah! Ituyang dikatakan hati.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saudara saudari yang dirahmati ALLAH,
Penulisan berikut ini dipetik daripada milis As Sunnah karya
Syaikh Abdullah bin Jaarullah bin Ibrahim Al-Jaarullah;
yang mana beliau telah mengambil rujukan daripada:
# Zaad Al Muslim Al Yaumi (Bekalan Muslim Sehari-hari) dari hal 51-55,
bab Hayatu Yaumi Islami yang diambil daripadakitab Al Wabil Ash Shoyyib
oleh Imam Ibnu Qayyim Al Jauziyyah rahimahulLAH.
Dan diterjemahkan oleh saudara seISLAM kita iaitu,
Akh Fariq Gasim Anuz.Semoga pembacaan-pembacaan
berikutnya ini sesuai dimanfa’ati bersama sebagai barometer keIMAN kita,walLAHU’ALAM.BismilLAH...

Kehidupan Sehari-hari Yang Islami :
1. Apakah Anda selalu solat Subuh berjema'ah di masjid setiap hari ?
2. Apakah Anda selalu menjaga solat 5 waktu di masjid ?
3. Apakah Anda hari ini membaca Al-Qur'an ?
4. Apakah Anda rutin membaca Dzikir setelah selesai melaksanakan solat wajib
5. Apakah Anda selalu menjaga solat sunnah Rawatibsebelum dan sesudah solat wajib ?
6. Apakah Anda (hari ini) Khusyu dalam solat, menghayati apa yang Anda baca ?
7. Apakah Anda (hari ini) mengingat Mati dan Kubur ?
8. Apakah Anda (hari ini) mengingat hari Kiamat, segalaperistiwa dan kedahsyatannya ?
9. Apakah Anda telah memohon kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala
sebanyak tiga kali, agar memasukkan Anda ke dalam Syurga ?
Maka sesungguhnya barang siapa yang memohon demikian,
Syurga berkata : "Wahai ALLAH Subhanahu wa Ta'ala masukkanlah ia ke dalam Syurga".
10. Apakah Anda telah meminta perlindungan kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala agar diselamatkan dari api neraka sebanyak tiga kali ?
Maka sesungguhnya barangsiapa yang berbuat demikian, neraka berkata :
"Wahai ALLAH peliharalah dia dari api neraka".
(Berdasarkan hadith Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam yang ertinya :
"Barangsiapa yang memohon Syurga kepada ALLAH sebanyak tiga kali,
Syurga berkata :"Wahai Allah masukkanlah ia ke dalam Syurga.
Dan barangsiapa yang meminta perlindungan kepada ALLAH
agar diselamatkan dari api neraka sebanyak tiga kali, neraka berkata :
"Wahai Allah selamatkanlah ia dari neraka".
(Hadits Riwayat Tirmidzi dan di shahihkan oleh Syaikh Al-Albani
dalam Shahih Al-Jami No. 911. Jilid 6).

11. Apakah Anda (hari ini) membaca hadith Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ?
12. Apakah Anda pernah berfikir untuk menjauhi teman-teman yang tidak baik ?
13. Apakah Anda telah berusaha untuk menghindari banyak tertawa dan bergurau ?
14. Apakah Anda (hari ini) menangis kerana takut kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala ?
15. Apakah Anda selalu membaca Dzikir pagi dan petang setiap hari ?
16. Apakah Anda (hari ini) telah memohon ampunan kepada
ALLAH Subhanahu wa ta'ala atas dosa-dosa (yang engkau perbuat) ?
17. Apakah Anda telah memohon kepada ALLAH Subhanahuwa Ta'ala
dengan benar untuk mati Syahid ? Kerena sesungguhnya
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang artinya :
"Barangsiapa yang memohon kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala
dengan benar untuk mati syahid, maka ALLAH Subhanahu wa Ta'ala
akan memberikan kedudukan sebagai syuhada meskipun ia meninggal
di atas tempat tidur". (Hadits Riwayat Tirmidzi, Nasa'i, Ibnu Majah,
Ibnu Hibban dalam shahihnya, Al-Hakim dan ia menshahihkannya).
18. Apakah Anda telah berdo'a kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala
agar ALLAH menetapkan hati Anda atas agama-NYA?
19. Apakah Anda telah mengambil kesempatan untuk berdo'a kepada ALLAH
Subhanahu wa Ta'ala di waktu-waktu yang mustajab ?
20. Apakah Anda telah membeli buku-buku agama Islam untuk memahami agama ?
(Tentu dengan memilih buku-buku yang sesuai dengan
pemahaman yang difahami oleh para shahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam,
kerana banyak juga buku-buku Islam yang tersebar di pasaran
yang bisa merosak pemahaman Islam yang benar, walLAHU’Alam).

21. Apakah Anda telah memintakan ampunan kepada
ALLAH Subhanahu wa Ta'ala untuk saudara-saudara Mukminindan Mukminah ?
Kerana setiap kali mendo'akan mereka Anda akan mendapat kebajikan pula.
22. Apakah Anda telah memuji ALLAH Subhanahu wa Ta'ala
(dan bersyukur kepada-NYA) atas nikmat ISLAM ?
23. Apakah Anda telah memuji ALLAH Subhanahu wa Ta'ala atas nikmat mata,
telinga, hati dan segala nikmat lainnya ?
24. Apakah Anda hari-hari ini telah bersedekah kepada fakir
miskin dan orang-orang yang memerlukannya ?
25. Apakah Anda dapat menahan marah yang disebabkan urusan pribadi,
dan berusaha untuk marah kerana ALLAH Subhanahu wa Ta'ala saja ?
26. Apakah Anda telah menjauhi sikap sombong dan membanggakan diri sendiri ?
27. Apakah Anda telah mengunjungi saudara seagama,
ikhlas kerana ALLAH Subhanahu wa Ta'ala ?
28. Apakah Anda telah menda'wahi keluarga, saudara-saudara,
tetangga, dan siapa saja yang ada hubungannya dengan diri Anda ?
29. Apakah Anda termasuk orang yang berbakti kepadaorang tua ?
30. Apakah Anda mengucapkan "Innaa Lillahi wa innaa ilaihi raji'uun"
jika mendapatkan musibah ?

31. Apakah Anda hari ini mengucapkan do'a ini :
"Allahumma inii a'uudubika an usyrika bika wa anaa a'lamu wastagfiruka
limaa la'alamu”'Ya ALLAH sesungguhnya aku berlindung kepada-MU
dari menyekutukan ENGKAU sedangkan aku mengetahui,
dan aku memohon ampun kepada-MU terhadap apa-apa yang tidak aku ketahui.
'Barangsiapa yang mengucapkan yang demikian, ALLAH Subhanahu wa Ta'ala akan menghilangkan darinya syirik besar dan syirik kecil.(Lihat Shahih Al-Jami' No. 3625).
32. Apakah Anda berbuat baik kepada tetangga ?
33. Apakah Anda telah membersihkan hati dari sombong,
riya, hasad, dan dengki ?
34. Apakah Anda telah membersihkan lisan dari dusta, mengumpat,
mengadu domba, berdebat kusir danberbuat serta
berkata-kata yang tidak ada manfaatnya ?
35. Apakah Anda takut kepada ALLAH Subhanahu waTa'ala dalam hal penghasilan,
makanan dan minuman, serta pakaian ?
36. Apakah Anda selalu bertaubat kepada ALLAH Subhanahuwa
Ta'ala dengan taubat yang sebenar-benarnya di segala
waktu atas segala dosa dan kesalahan ?

AlhamdulilLAH,Demikianlah sedikit sebanyak yang dapat
ana kongsikan bersama saudara saudari seaqeedah yang ana hargai dan hormati,
ikhlas kerana ALLAH TA’ALA.

Saudara saudariku,Bukan sahaja buat kalian bahkan buat ana sendiri
“Jawablah pertanyaan-pertanyaan di atas dengan perbuatan,
agar kita menjadi orang yang beruntung di dunia dan akhirat, insya ALLAH”.
Bersama-samalah kita menatapinya dengan nikmat matakaruniaan ILAHI,
seterusnya cuba hayati dan fahamilahakan ia, biar sampai
menyusupi sam’i wa badani, biar menggetarkan strata sukma,
biar nafsu bisa mengerti, biar kita koreksi dan insafi diri,

“Aku adalah Perantau ke Akhirah, Musafir Perjuangan !
ALLAHU AKHBAR 3X!!!”

ana copy paste dari.. laman blog sahabat ana..
http://syahiditusuci.blogspot.com

Ingatan Kepada Seluruh Umat Manusia

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhulah kamu sebelum kamu diwudhukan
Dan sholatlah kamu sebelum kamu disholatkan
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah sholat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru,sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna harta, takhta dan putera
Suami\Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

Telah Puas Aku Menangis Seorang Diri.....

"Jangan tergesa-gesa di telan meski manis adanya,
Siapa tahu itu racun yang dibungkus dengan madu,
Jangan tergesa-gesa dimuntahkan meski pahit adanya,
Siapa tahu itu adalah ubat yang menyembuhkan"

Thursday, April 20, 2006


SEPULUH WASIAT DARI
IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah

sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu,

pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah
zikrullah dan janganlah membuang
masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam

bahasa Arab kerana bahasa Arab yang
betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa

perkara sekalipun kerana pertengkaran
yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati

yang sentiasa berhubung dengan Allah
itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat

yang sedang berjuang itu tidak mengerti
melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada

kadar yang dikehendaki oleh pendengar
kerana percakapan yang nyaring itu adalah
suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang,

mengecam pertubuhan-pertubuhan,
dan janganlah bercakap melainkan
apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap

Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah
kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak

daripada masa yang ada pada kita,
oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya
dan ringkaskanlah perlaksanaannya.



Keluasan Neraka yang amat dasyat.

Untuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya....
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia
tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh nabi s. a. w.
"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu
di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka,
maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa
neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,
dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka
sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam,
maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah,
kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih,
kemudian seribu tahun sehingga hitam,
maka ia hitam gelap,tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan terbuka sebesar lubang jarum
nescaya akan dapat membakar penduduk dunia
semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu baju ahli neraka itu digantung
di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi
kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu pergelangan dari rantai yg
disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit,
nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan seorang di hujung barat tersiksa,
nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur
kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam
dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah,
dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu,
tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu
dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka,
setengahnya di bawah dari lainnya,
dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,
tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
(notakefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik,
dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan
hidangan mukjizat nabi Isaa. s. serta keluarga Fir'aun
sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum
majusi bernamaLadha,
pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w.
sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa
besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,
sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w.
di pangkuannya sehingga sedar kembali dan
sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar
kerisauanku dan sangat sedihku,
apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya:"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian nabi s.a. w. menangis,
Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w.
masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar
kecuali untuk sembahyang kemudian kembali
dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.
(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh
melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan
dengan panasnya terik matahariKu.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70
hasta mengandungilautanracun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua'lam.Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159"
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan
apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan
dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya
kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat
oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
"Dari Abdullah bin 'Amr R. A,
Rasulullah S. A. W bersabda:"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
DIET IKUT SUNNAH RASULULLAH SAW....

Rupa-rupanya tanpa kita sedo,

dalam makanan yg kita makan sehari-hari,
kita tak boleh main balun aje?
sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis,

lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan
dan lain-lain penyakit apabila kita telah tua nanti.
Apabila kawan-kawan telah mengetahui ilmu ini,

tolonglah ajarkan kepada yg lain-lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga.

Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut
sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari-hari.
apa kata kita ikut diet ini kawan-kawan.

tak payahlah susah-susah makan pil untuk kurus?
Insyaallah kalau kawan-kawan ikut diet Rasullullah ini?.
Garenti? kawan-kawan takkan
sakit perut ataupun keracunan makanan.

~Jangan makan SUSU + DAGING
~Jangan makan DAGING + IKAN
~Jangan makan IKAN + SUSU
~Jangan makan AYAM + SUSU
~Jangan makan IKAN + TELUR
~Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
~Jangan makan SUSU + CUKA
~Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL#
~JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,

SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIHDAHULU, BARU MAKAN NASI.#
~ TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.#

~JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .

SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN
DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya...

kawan-kawan cubalaa...........................
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie....
Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.


Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan

darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu.
Dikuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai
dimana dalam badan ayam mengandungi
ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-,
jika dalam suapan ayam bercampur dengan
ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia
yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...

Al-Quran Juga ada mengajar kita

menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

~Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya

sejam sebelum matahari naik.
Air sejukyang meresap kedalam badan boleh

mengurangkan lemak mengumpul.
Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi
kebanyakan badan tak gemuk.

~Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk

(bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah
jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

~Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur
(iaitu sujud sekurangkurangnya seminit selepas membaca doa).
Ia boleh mengelak dari sakitpening atau migrin.
Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian
kenapa dalam sehari perlu kita sujud.


Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter
ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah.
Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

~Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan
bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis
telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari,
iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.
(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Wassalam...Sama-samalah kita mengamalkannya.......
WallahuA'lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan,

barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan
insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Sunday, April 16, 2006

salam imtihan...
hihi.. antunna sure masih lg dalam musim imtihan..
aiwah.. ana pun ada lg 3 papers..
ALLAHU AKHBAr.. moge dipermudahkan dalam menjawab nnti..
insyaALLAH..

em.. ana nk ulang again..n again.. about how to posting in blog ni..
( ckp omputih pulak naa.. =) )

al awal.. buke
www.blogger.com
summa.. ( next.. ) masukkn username... ana dah bg..
pasword.. pun dh bg..

then.. p new posting..
last.. postinglaa..

boleh laa edit colour.. tulisan.. dan letak gmbar...
kalau yg mengenai tazkirah.. atau info..
mohon letak juge sumber dari mana antunna amik ye..

okla.. tu je..hihi..
akhiran.. jazakallahu khairan kasiran..
maatasif jiddan..
ilalliqa'.